Teknik Percussion ataupun teknik menepuk dilakukan adalah untuk membantu mengeluarkan kahak especially bagi anak-anak yang masih kecil. Caranya mudah, ( Refer Gambarajah ) pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal dibawah perut. Pastikan bantal yang digunakn tidak terlalu tebal ataupun terlalu nipis. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas sedikit. Pastikan kaki dalam keadaan lurus dan kedudukan bayi dalam keadaan yang selesa.
Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cuping ( lubang di tengah ) ataupun ( bagi yang biasa main kad tepuk masa kecil-kecil dulu...macam tu lah bentukkan tangan tu )Kemudian gunkan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan dibelakang bayi. Tujuannya adalah supaya ada udara mengisi di ruang tapak tangan kita supaya apabila ditepuk ke atas bayi kesakitan itu tidak terasa. Bayangkan kalau tanagan dalam keadaan biasa? Pasti sakit bayi tu terasa seperti ditampar kan?
Tepuk selama 15minit dan beralihdi kiri dan kanan tubuh bayi pula. Teknik menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak yang terperangkap di dalam paru-paru. Selalunya selepas 15 minit di tepuk bayi akan batuk atau bersin dan sekaligus akan mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah atau ludah bagi yang kanak-kanak yang agak besar sedikit. jika tertelan tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar melalui najais mereka. Paling penting sebelum melakukan teknik ini pastikan anak tidak diberi minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
SELAMAT MENCUBA...!!!!
Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...
COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)
No comments:
Post a Comment