SET 3M - SANGAT SESUAI BAGI IBU YANG MENYUSU

APAKAH FUNGSI SUPPLIMENT2 NI UNTUK PENYUSUAN...???
Protein 
– Bayi memerlukan protein yang 
banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein 
yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting 
untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan 
sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan 
untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari. 
 Multivitamin
 – Multivitamin menyediakan 
vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak 
diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu 
penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan 
kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.
Vitamin C
– Dalam satu kajian terhadap para
 ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat 
vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara 
ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C
 penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi 
yang sihat.
Vitamin B kompleks 
 – Vitamin B kompleks 
merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari 
bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B 
mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan 
sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf
 serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan 
vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka 
melalui susu ibu.
Kalsium
 – 40% daripada susu ibu adalah 
kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan 
pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan 
mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.
Alfalfa 
– Alfalfa mengandungi banyak 
nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E,
 kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk 
pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara 
tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
Asid Lemak Omega 3 – Pengambilan dan 
tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat 
menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara
 saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 
lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang 
diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan 
hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.
sumber : Majalah Shaklee Today
NAK BUAT STOK SUSU MACAM NI JUGAK...???
Jom cuba tips dengan penggunaan SET 3M ni. Susu meriah, pekat, anak pun kenyang...ibu pasti tersenyum lebar.
 TIPS AMALAN 3M UNTUK MERIAHKAN SUSU BADAN
- Tahu dan paham konsep supply & demand
 - Jika bekerja, pum secara konsisten, paling bagus 2-3 jam sekali
 - Minum air banyak, sebanyak 3 liter setiap hari
 - Jangan 'STRESS' kalau x kuantiti susu akan merudum
 
No comments:
Post a Comment