Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya

Alhamdulillah,...hari ni dah masuk raya ke-7. Mood nak beraya tu masih ada lagi. Yela rayakan sebulan...
N3 hari ni saja nk berkongsi photo2 raya hari tu. Amik mood raya xhabis g ni.


Raya pertama di rumah mertua ~ IPD Kubang Pasu ~ sbb tu nmpak berek polis tu...







 


Tahun ni seperti tahun2 sebelumnya memang xbuat apa. semua tunjuk je. Malas kan?

Antara kuih tunjuk yang berjaya diborong tahun ni:


 

Petang raya baru kalut membakar kek coklat moist. dah 2 tahun xbuat. Alhamdulillah menjadi jugak la. Sedap...moist je walaupun rupa dia udoh n berlemoist sikit...Nak jugak tunjuk kan...Nindia.


Udoh kan? Tapi sedap...Buktinya, Hubby  ulang makan xberenti (walaupun dia xkata sedap) hahahah....
Last sekali bab duit raya...memang sebab utama la orang nk bersalam time raya ni...So, kena ada la jugak. Isinya...tanya pada yg dh dapat tu. hahaha...suka x? suka x? suka x?


Moral : budak2 xbley pegang duit banyak2...bulih centu?

Sekian...~~~ Hahahaha...

Monday, August 5, 2013

Bahaya Kekurangan Zat Besi


RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius. 


Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka.

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang. 

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.





Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:

  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Ibu yang menyusukan bayinya
  •  Info credit :http://www.hmetro.com.my/articles/Bahayakekuranganzatbesi/Article/

    PUNCA HB RENDAH:

    1. Peningkatan dalam isipadu darah
    2. Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
    3. Penurunan kadar HB normal
    4. Kurang pengambilan zat besi dalam diet
    5. Kekurang folic acid
    6. Pendarahan gastrointestinal
    7. Kehilangan darah dari pendarahan buasir


    RISIKO HB RENDAH:


    Kesan kepada ibu
    · Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
    · Mengalami keguguran
    · Mengalami kegagalan jantung
    · Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
    · Risiko alami penyakit berjangkit


    Kesan kepada bayi dalam kandungan
    · Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
    · Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
    · Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
    · Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
    · Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


    KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL:

     
    KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN
    Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.


    KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN

    Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu


    KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS
    Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


    Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. 

    Shaklee juga ada sesuatu untuk anda yang mengalami masalah HB rendah ini. Fokus utama untuk mengatasi masalah HB rendah atau Anemia ini ialah Vita-Lea with Iron Formula dan pengambilan bersama Vitamin C adalah sangat digalakkan bagi membantu penyerapan zat besi yang maksimum. 


      TESTIMONI

     


     


     Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...


    Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
    pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
    Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
     
    https://www.facebook.com/asma.ailee
    Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/




    COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)


    Sunday, August 4, 2013

    SET ASAS BERPANTANG

     SET ASAS BERPANTANG DENGAN SHAKLEE
     
    Set Berpantang / Pembedahan*

    1. Vita-lea (Multivitamin)
    2. B-Complex
    3. Vita C

    4. Zinc*
    NAK MANFAAT KEPADA BAYI ANDA JUGA?
    BOLEH TAMBAH SET MENYUSU
     

    Andai anda mempunyai masalah sembelit ketika berpantang ( siksa tu..... ) bolehlah tambah Ostematrix ni. In Shaa Allan lancar tanpa senak perut. 
     
    NAK KURUS SAMBIL BERPANTANG DAN MENYUSU...???
    SILA TAMBAH OMEGA GUARD UNTUK MEMBAKAR LEMAK ANDA


     Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...



    Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
    pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
    Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
     
    https://www.facebook.com/asma.ailee
    Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/


    COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)


    HOT PRICE EVER...!!!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...